Tindakan Tatatertib

Catatan berkenaan tindakan tatatertib mahasiswa adalah seperti berikut:-

  1. Hanya pengawal keselematan dan felo (selepas ini mereka dirujuk sebagai penguatkuasa) yang dilantik mempunyai kuasa untuk mengeluarkan notis tatatertib (juga dikenali sebagai saman);
  2. Sekirnya perlu, atas cadangan dan nasihat penguatkuasa, beserta persetujuan dari Timbalan Ketua Eksekutif, suatu kes boleh dibawakan ke Mahkamah Tatatertib Mahasiswa Kolej UNITI; dan
  3. Namun begitu, tugas menjaga tatatertib tidak hanya jatuh ke bahu para pengawal keselamatan dan felo, malah ia digalas oleh semua staf Kolej UNITI tanpa mengira jenis pekerjaan dan posisi jawatan masing-masing.

Berikut adalah carta aliran tindakan tatatertib mahasiswa oleh penguatkuasa untuk rujukan Tuan / Puan:-

Penjelasan bagi carta aliran di atas adalah seperti berikut:-

  1. Sekiranya seseorang mahasiswa di dalam pandangan atau pengetahuan penguatkuasa telah melakukan kesalahan di bawah peraturan mahasiswa (selepas ini dirujuk sebagai pesalah), penguatkuasa boleh memberi amaran dan nasihat kepada pesalah tersebut, atau terus mengeluarkan notis tatatertib tanpa sebarang kompromi;
  2. Sekiranya seseorang pesalah telah diberi notis tatatertib, pesalah tersebut perlu laporkan diri mereka ke pejabat Unit Perkhidmatan Mahasiswa Kolej UNITI (STUSERV) untuk taklimat notis tatatertib dalam masa 3 hari bekerja;
  3. Pesalah akan dinasihatkan untuk menyelesaikan denda yang dikenakan secepat mungkin (minima ialah RM50-00, dan maksima ialah RM200-00 bagi setiap kesalahan berdasarkan status kes) dan memberikan salinan resitnya kepada pegawai STUSERV untuk rujukan dan tindakan susulan kami;
  4. Sekiranya pesalah tidak mampu, pesalah boleh mengemukan surat rayuan kepada Ketua Felo, selaku Ketua Penyelaransan Tatatertib & Keselamatan Mahasiswa Kolej UNITI dalam masa 3 hari bekerja selepas taklimat tersebut;
  5. Rayuan boleh dibuat untuk mengurangkan jumlah denda, atau menukar jenis denda kepada denda jenis lain. Penentuan rayuan adalah di atas pertimbangan Ketua Felo, dan nasihat dari Ketua STUSERV; dan
  6. Sekiranya pesalah gagal melaporkan diri, atau mengemukakan surat rayuan dalam tempoh masa yang diberikan, maklumat pesalah akan diberikan kepada Bahagian Kewangan Kolej UNITI, agar pesalah perlu membayar dendanya beserta yuran pengajiannya.

Berikut pula carta aliran tindakan mahasiswa untuk tindakan semua staf (selain dari penguatkuasa) (selepas ini dirujuk sebagai staf) untuk rujukan dan tindakan Tuan / Puan:-

Penjelasan bagi carta aliran di atas adalah seperti berikut:-

  1. Sekiranya seseorang pesalah di dalam pandangan atau pengetahuan seseorang staf telah melakukan kesalahan di bawah peraturan tatatertib mahasiswa, staf tersebut boleh mengambil kad matrik pesalah tersebut dan diserahkan ke pejabat STUSERV;
  2. Staf tersebut juga boleh menghubungi pegawai STUSERV untuk mengambilkan kad matrik tersebut sekiranya masa dan jarak tidak mengizinkan. Pegawai staf akan mengambilnya dalam masa terdekat;
  3. Sebaik sahaja pegawai STUSERV menerima kad matrik tersebut, notis tatatertib akan dikeluarkan dan disusuli dengan carta aliran diatas sehingga ke akhirnya; dan
  4. Staf tersebut juga boleh memanggil sesiapa penguatkuasa ke lokasi di mana pesalah melakukan kesalahan untuk diambilkan tindakan tatatertib mahasiswa segera.

Berikut adalah carta aliran bagi proses Mahkamah Tatatertib Mahasiswa Kolej UNITI:-

Penjelasan bagi carta aliran di atas adalah seperti berikut:-

  1. Sekirnya perlu, atas cadangan dan nasihat penguatkuasa, beserta persetujuan dari Timbalan Ketua Eksekutif, suatu kes boleh dibawakan ke Mahkamah Tatatertib Mahasiswa Kolej UNITI (selepas ini dirujuk sebagai mahkamah kolej);
  2. Sekiranya suatu kes itu dibawa ke mahkamah kolej, pesalah boleh digantung serta-merta tanpa sebarang  notis awal sehingga keputusan mahkamah mengenepikan perintah gantung tersebutdikeluarkan;
  3. Dalam masa 3 hari bekerja selepas pesalah ditangkap, satu surat panggilan ke sesi mahkamah kolej akan dihantar ke alamat rumah pesalah, sekurang-kurangnya seminggu sebelum sesi mahkamah kolej yang telah ditetapkan tarikhnya, secara pos berdaftar;
  4. Pesalah perlu hadir ke sesi mahkamah tersebut. Sekiranya terdapat halangan, pesalah perlu kemukakan surat tunjuk sebab bagi mengelakkan keputusan mahkamah dibuat tanpa kehadirannya. Sekiranya dikemukan surat tunjuk sebab, sesi akan ditangguh ke tarikh yang sesuai. Sekiranya tiada surat tersebut, mahkamah akan memutuskan hukuman tanpa kehadirannya;
  5. Pada sesi yang telah ditetapkan, sekiranya pesalah hadir, pertuduhan akan dibaca kepada pesalah.
  6. Sekiranya pesalah mengaku bersalah, keputusan akan dibuatkan berdasarkan fakta kes, rayuan pesalah, dan faktor-faktor lain. Sekiranya pesalah mengaku tidak bersalah, tarikh perbicaraan akan dibuat pada tarikh lain, dalam masa 30 hari;
  7. Sekiranya perlu, mahkamah kolej akan mengemukakan saksi dan bukti selepas pertuduhan dibuat;
  8. Sekiranya mahkamah memutuskan pesalah bersalah, hukuman akan dijatuhkan setimpalnya. Sekirany diputuskan pesalah tidak bersalah, pesalah akan dibebaskan dengan arahan pemantauan berterusan. Sekiranya perlu, nasihat dan amaran diberikan kepada pesalah tersebut;
  9. Dalam masa 10 hari bekerja, pesalah boleh membuat rayuan melalui surat rayuan kepada Ketua Eksekutif. Sebaik sahaja surat rayuan itu diterima, dengan persetujuan Ketua Eksekutif, satu sesi mahkamah rayuan mahasiswa akan ditetapkan;
  10. Seminggu sebelum sesi tersebut, satu surat panggilan secara pos berdaftar akan dihantar ke alamat rumah pesalah tersebut;
  11. Sekiranya pesalah gagal hadir tanpa surat tunjuk sebab, hukuman asal tetap akan dikuatkuasakan. Sekiranya dikemukan surat tunjuk sebab, sesi akan ditangguh ke tarikh yang sesuai.
  12. Pada sesi yang telah ditetapkan, mahkamah akan memberi peluang kepada pesalah untuk membuat rayuan bagi mengurangkan hukuman yang dikenakan ke atasnya. Berdasarkan faktor-faktor lain, termasuk rayuan yang dibuat, mahkamah boleh memutuskan samaada untuk mengekalkan dan meringankan hukuman pesalah tersebut;
  13. Surat makluman dan penguatkuasaan akan dikeluarkan dan dihantar ke alamat rumah pesalah setiap kami mahkamah memutuskan sesuatu ke atas pesalah tersebut.

Sebagai pendidik, bersamalah kita memantau dan menjamin tatatertib positif mahasiswa Kolej UNITI sebagai tanggungjawab kita bersama. Semoga usaha ini boleh membantu membentuk peribadi dan sahsiah yang lebuh positif, serta menjadi satu saham akhirat yang berterusan, insya Allah.

- BERSAMA MENJANA MODAL INSAN UNITI -

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 169 other followers

%d bloggers like this: